Jalan-Jalan Cari Pasal Versi 1.
Seramai 18 org trekker telah memulakan memecahkan lemak di Gunung Datuk yang bermitos ini. Jalan-jalan cari pasal versi 1 ini adalah permulaan bagi sesi pecah lemak.... Pecah Lemak!!! Disinilah bermulanya xpdc akan terus menyusuri onak dan duri, meredah apa jua rintangan, menikmati keindahan alam ciptaan allah swt pencipta alam semesta sambil dapat menghirup udara segar yang tidak tercemar. Walaupun xpdc ini baru memulakan perjalanannya, nampak berjaya menarik minat pen'trekker' alam semula jadi yg baru dan yang sudah otai sekian lama berselimut, berhenti dari aktiviti pecah lemak ini. Dalam keseronokan dan keghairahan untuk memecahkan lemak, ada juga ingin berpatah balik (Adoyaiii) akibat dari tekanan perjalanan trek berbatu yang amat mencabar mendonggak untuk didaki.... ayat semangat "cayok3" memberi inspirasi untuknya terus mendaki sehingga ke puncak.. Itulah akibat dari kekurangan persedian dan persiapan individu.. TAPI ada juga yang tak ingat sehingga tup tup ilang saja... naik dan turun ibarat gelungsor... hahaha. macam2 ada...
Pengembaraan pertama ini adalah ilham bersama dari rakan lama untuk memulakan langkah, KESRA adalah sebagai batu loncatan bagi melancarkan aktiviti "Hiking and Camping" ini dan juga sebagai pemangkin memantapkan program "Gegar Kesra" yang akan dilaksanakan pada Oktober 2011. Semoga perjalanan aktiviti dapat diteruskan dengan kerjasama semua pihak termasuk Pengurusan tertinggi. Semoga dari aktiviti begini membolehkan pihak Kesra dapat serba sedikit bantuan kewangan dari Pihak Syarikat... Sumbangan Syarikat amat dialu-alukan mahupun dari mana-mana pihak yang sudi membantu. Harapan tinggal harapan... pen'trekker' TEGAR akan terus juga melaksanakan walaupun kekurangan dana dari bantuan Syarikat. Semoga mendapat kerjasama erat dikalangan pen'trekker' sendiri supaya aktiviti rekreasi ini tidak terkubur begitu sahaja.
Antara gambar yang dapat di ambil semasa aktiviti :-
Meet Point (MP) :
Berhenti sebentar di hentian Seremban....
Ape lg tu... Tgu kawan2..
Bersedia, packing barang dan briefing sket... streching x buat huhuu
Bergambar di pintu masuk
Di Puncak Gunung Datuk bersama Presiden Kelab
Kami berjaya... aduhai walaupun ada yg nk patah balik.... hahaha!!
Trek berbatu camni yang hampir meragut semangat kental setiap pen'trekker'
"Wa tatak kisah bro... Wa OK..."
Berhenti rehat la pulakkk.. Jumpa dengan Pakcik Prof yg bersemangat!!
Sejukkkk tak ingat... best nyer mandi disini... huhuhu
Spesis ulat gonggok ini bergulung sebesar duit 50sen
Permandangan dari Puncak
Yeargghhh.... kami berjaya.!!!
Apa la korang tunjuk2 tu.... nampak puteri gunung ke???
Aksi Ganas (Jgn Cuba Tiru) - Hang Lekir dan Hang Lekuk sedang bertarung...
All the best.....
Tongkat sape tu erkk!!!
Hahaha... gaya la korang jadi model atas gunung...
Alahai dah mandi ker tu...
Sarapan pagi "Sardin 4 orang"
Kawasan Perkhemahan
Antara gambar yang tercantik permandangan malam
Posing sebelum balik..
JUMPA LAGI UNTUK XPDC SETERUSNYA, JANGAN PATAH SEMANGAT!!