Pintu Masuk ke Gunung Nuang
Gunung Nuang 1493 m (4899 kaki) dpl terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Gunung ini juga bersempadanan dengan negeri Pahang. Puncak gunung ini ditanda dengan sebuah beirut. Pokok-pokok agak tinggi di puncaknya namun terdapat kawasan tinjau untuk melihat panorama Lembah Klang terutama Bandaraya Kuala Lumpur. Jelas kelihatan pencakar-pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas, ...Menara Kuala Lumpur menara Rebung dan yang lain lagi. Di satu sudut pula boleh dilihat kawasan tadahan empangan Hulu Langat, juga kawasan tadahan empangan Klang Gate berserta Bukit Tabur. Kawasan puncak boleh memuatkan sebilangan pendaki untuk bermalam dan menikmati panorama malam.
Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.
Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.
JOM CAMPING!
Tarikh : 07-09hb Januari 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Bayaran : RM 30.00 (Makan+Insuran+Item+Urusetia)
RM 20.00 (Ahli Aero Adventure Team)
Tarikh Tutup : 31hb Disember 2010 (Jumaat)
Sila dapatkan borang penyertaan dari Urusetia Biro Rekreasi.
Sekiranya berminat anda boleh juga melayari Facebook KESRA (Sila Klik)
Sekiranya berminat anda boleh juga melayari Facebook KESRA (Sila Klik)
No comments:
Post a Comment