XPDC ‘GEGAR KESRA’ KE GUNUNG KINABALU, SABAH OKTOBER 2011
Gunung Kinabalu,
4905.2 meter / 13455 kaki
Puncak Gunung Kinabalu |
Gunung tertinggi di Malaysia ini menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya. Gunung ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia (World Heritage) mempunyai keunikan tersendiri.
Pendaki dikehendaki mendaftar dan mendapat permit mendaki di HQ Kinabalu Park. Waktu mula mendaki ialah pada jam 6.00 pagi. Kebiasaannya pendaki akan mendaki melalui Timpohon Gate. Pendaki juga boleh membuat pilihan melalui Mersilau trail, di Kundasang. Bagaimanapun sejarah pendakian Gunting Lagadan dan Sir Hugh Low bukanlah melalui kedua-dua trail ini. Setiap Checkpoint dibina pondok untuk berehat serta ada kemudahan tandas dan air. So xde masalah lah kalau nak membuang air besar or kecil.
Trek pendakian yang bertangga. Keistimewaan : Taman Kinabalu ini ialah mempunyai suhu persekitran yang rendah, mencapai hingga serendah 14 darjah celcius. Manakala Gunung Kinabalu pula boleh mencapai suhu 0 darjah celcius. Disini juga terdapat sepsis flora yang tidak dijumpai ditempat lain (Rafflessia, Nepenthes Rajah). Permandangan sekitar yang indah dan mudah didaki (tidak perlu pengalaman). Banyak lagi keistimewaan yang tidak dapat dikatakan; berbaloi dengan perbelanjaan anda. |
Sekiranya anda berminat untuk turut serta mendaki berikut adalah butir-butirnya :-
Tarikh XPDC : 08hb - 12hb Okt 2011 (5 hari/4 Malam)
Penerbangan : Airasia (KLIA – KK – KLIA)
Hotel/Resthouse : Puncak Borneo/Laban Rata
Tarikh Tutup Penyertaan : 31hb Disember 2010
Bayaran : RM1,200.00 Ahli Kesra (sebelum 30hb November 2010)
RM 1,250.00 Bukan Ahli/Peserta Luar SMEA (Bayaran boleh dibuat secara ansuran, Deposit RM200/250 bayar kepada
Bendahari Kesra dan bakinya RM100.00 selama 10 bulan)
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI AJK KESRA.
No comments:
Post a Comment