Salam Sejahtera,
Kepada semua rakan-rakan samada yang lama atau baru mengetahui blog ini. Pada 30hb Oktober hingga 01hb November 2010 yang lepas, beberapa orang AJK KESRA melalui Biro Rekreasi iaitu Encik Badaruddin bersama Encik Yusri dan telah dibantu oleh anak jati Sabah, Encik Ahmad Tajuddin (Din) telah pergi membuat tinjauan dan mendapatkan maklumat yang sesuai bagi program Ekspidisi pendakian Gunung Kinabalu untuk tahun hadapan.
Program Ekspidisi Kinabalu ini akan di lancarkan bagi tujuan untuk mengaktif aktiviti pendakian yang telah lama tenggelam dari aktiviti KESRA. Semoga program ini dapat merangsang semula aktiviti KESRA, motif utama adalah untuk melonjakkan atau menaikkan nama KESRA, SMEA dan tidak lupa juga AERO ADVENTURE TEAM di puncak tertinggi Malaysia (4,095M/13,435kaki). Semoga niat ini mendapat sokongan dari pihak Syarikat terutama dari Pengurusan Atasan.
Gambar-gambar semasa tinjauan.
Jom 52km jer lagi...
veiw permandangan pada
Jam 6 pagi
Jam 6.45 mula gerak ke Taman Kinabalu... lewat dah tu.
Puncak Gunung Kinabalu
Gbr sebelah kiri :
Syarat-syarat sebelum mendaki.
Gbr sebelah kanan :
Trek ke puncak Kinabalu, 8.72km
Gambar-gambar sebelum masuk,
Timpohon Gate.
Sebelum mula pendakian sila minum kopi BATANG... Mai Secawan!!
Trek-trek pendakian
Carson Fall... huish sejuk bebenor!
Tangga pendakiannya... kena training kat Batu Caves nih!
sampai nak merangkak
Risalah tentang pendakian akan dikeluarkan tidak lama lagi, Sekiranya anda berminat untuk turut serta mendaki sila hubungi AJK KESRA.
JOM KITA !
No comments:
Post a Comment