Bermula pada Sabtu, 13hb Mac 2010 hingga Isnin, 15hb Mac 2010 yang lepas, pengalaman yang sukar dilupakan dan sungguh indah saya sekeluarga bersama 6 keluarga yang lain telah menikmati panorama dan nostalgia yang tidak akan dilupakan. Panorama dan Nostalgia yang indah itu dapat di rakam melalui lensa kamera saya yang akan di paparkan dibawah Program Pergerakan KTS. Saat-saat yang intim dan indah ini telah di sertai oleh 7 keluarga, 5 keluarga adalah dari kakitangan SMEAero sendiri dan 2 daripadanya adalah dari keluarga Pengerusi Kelab bersama-sama menjayakan Program KTS ini.
Walaupun kurang mendapat sambutan dari kalangan kakitangan, Program KTS telah berjaya memeriahkan menjalankan XTVT yang menyeronokkan peserta sendiri dan sudah semestinya dikalangan anak-anak peserta.
Disini kami nak berkongsi pengalaman dari segi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa kami berada selama 3 hari 2 malam di Chalet Pak Ya, Teluk Senangin.
Program Pergerakan KTS :-
Sabtu, 13/03/2010
0830 - Bertemu di point Perhentian Ijok.
0900 - Bertolak ke destinasi (lewat 15 minit dari jadual)
1045 - Berhenti di Stesen Petronas, Hutan Melintang (Bagan Datuk)
1120 - Berhenti Rehat dan bergambar di Hentian R&R Teluk Intan
Konvoi Teluk Senangin
1300 - Makan Tengahari di tepi pantai.
Bercanda Dibawah Pohon Rendang Di Tepi Pantai
Saudara Mohamad & Isteri sedang khusyuk membaca Surat Khabar
"Eden tak dapek mandi keno layan baby nie makan"
view dari khemah
"Belangkas"
Kawan lama bertemu kembali setelah sekian lama tak berjumpa
Berehat sambil minum petang
Mama Ruby & Papa Razak sedang berehat menikmati pemandangan pantai
2000 - Makan malam
Aktiviti memasak secara berkumpulan semasa malam pertama
Saudara Idris sedang mengoreng ikan untuk makan malam
Kak Ida sedang merebus remis
Remis sedia untuk di makan
Pe nak buat bergambar lah dulu..
Keasyikan Mama Ruby menikmati remis
Ahad, 14hb Mac 2010
0730 - Aktiviti Pagi
Masak Sarapan Pagi
Kak Ida dan rakan2 berusaha menyediakan sajian pagi
Bot Nelayan baru berlabuh dari mencari rezeki
0900 - Aktiviti Pantai Sebelah Pagi
Aktiviti Membina Castle Dari Pasir Pantai
Membina Castle Impian
Hah pe lagi.... memancing le!!
1530 - Makan tengahari (dah lewat nie)
Aktiviti Memasak Di Tepi Pantai
Chef sedang memasak ikan 3 rasa
1730 - Aktitvi Pantai sebelah Petang
Aktiviti Mencari Remis
"Yeahh... Eden berjayo dapek remis" kata En Bada
Salah satu teknik mencari remis
Syok giler.... mencari remis nie sampai x perasan kena amik gambar
Hah nape x caye ke! Banyak remis kat sini....
Eh..eh.. berapa ramei naik nih...!
Inilah grupe remis...dapat halus2 je.. bukan batu le..
Remis dalam botol
Matahari terbenam - 0730pm
2000 - Makan Malam + BBQ
BBQ
Ikan Pari, Ayam 5 ekor, Udang 1kg, Keli 1kg, Sosej 75pcs
BBQ sehingga menjilat jari
Sampai tetamu yg tak di undang dtg.. cian bg dia makan sket
Apa yang penting?... "Kerjasama"
2240 - Aktiviti Malam
Mencari, Mengali dan Mengejar Ketam
Memeriksa lubang yg disyaki terdapatnya ketam
Papa Razak sedang mengali lubang untuk menangkap ketam
En Bada cuba mengali lubang yang telah dikenal pasti
Lubang yang digali hampir 2 kaki dalamnya
Anak ketam
Ketam Bunga
Isnin, 15hb Mac 2010
0800 - Aktiviti Pagi
Masak Nasi Goreng
Sedang memasak nasi goreng mengikut menu KTS
Peserta KTS membuat tarian poco-poco sebelum bertolak ke Lumut
Bergambar Kenangan Sebelum Mengakhiri Program KTS
(Keluarga Bada, Yusri, Jefri, Mohamad, Mama Ruby, Adznan dan Idris)
(Keluarga Bada, Yusri, Jefri, Mohamad, Mama Ruby, Adznan dan Idris)
1100 - Bertolak ke Lumut pula
Selamat Tinggal Teluk Senangin..........
Peserta KTS mula bergerak ke Lumut
1145 - Sampai ke Pekan Lumut
(Berpecah selama 1 jam mengikut laluan masing-masing)
Salah satu mercu tanda Lumut
Sibuk membeli makanan dari hasil laut
Ini siapa punya? Man belon punya!!
1300 - Keluar dari Lumut dan bergerak balik
1400 - Singgah Makan di R&R Teluk Intan
1446 - Keluar dari R&R
1730 - Lebih kurang.. sampai Ijok
Ulasan :-
Program KTS ini telah sedikit sebanyak memberi ruang kepada peserta berinteraksi dan beriadah sama satu yang lain walaupun berada di level yang berbeza. Sememang saya mendapat kerjasama yang tinggi dari setiap peserta dan saling berkerjasama tidak menunggu arahan dari siapa-siapa. Terutama dari segi penyediaan makanan dan aktiviti pantai dijalankan secara kumpulan.
Akhir kata disini saya selaku penganjur bersama dengan Pengerusi Kelab ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan yang berlaku semasa tempoh program ini berlangsung. Syukur kepada Allah S.W.T dengan izinya kita berjaya menjaya Program KTS ini dengan selamat.
Terbitlah sudah Nostalgia Konvoi Teluk Senangin (Nostalgia KTS).
Sekian dari,
No comments:
Post a Comment