Teluk Senangin terletak di daerah Seri Manjung dan terletak 30km dari Bandar Setiawan. Pantainya mempunyai pasir yang putih dan air laut kebiruan. Di pantai ini juga pengunjung berpeluang melihat keindahan pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor terutama pada waktu petang. Selain itu, pantai ini sering dikunjungi kaki pancing dan popular dengan penganjuran program-program pertandingan memancing.
Bertujuan mengerat silahturahim dan mengenali diantara ahli-ahli kelab ataupun pekerja-pekerja SME Aero yang telah lama tidak terlibat dalam sebarang aktiviti riadah Syarikat. Dan juga sebagai pemangkin untuk Permulaan Baru kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Aerospace (KESRA) mempelbagaikan aktiviti.
Secara dasarnya konvoi ini adalah sebagai nadi permulaan bagi aktiviti rekreasi yang telah lama menyepi selama beberapa tahun ini, Di harapkan juga aktiviti riadah ini dapat menyuntik kembali dan dapat melibatkan semua pihak atasan sehingga bawahan sekiranya dapat dilaksanakan secara besar-besaran.
Jom Konvoi ke Thailand
ReplyDeletehttp://satunsiam.blogspot.com/