Salam untuk semua, berjumpa kita kali untuk episod Terjah Alam, Xpolarasi ataupun XPDC pada 19hb - 20hb Mac 2011 yang lepas. Program ini telah tertangguh sejak tahun 2010. Kali ini Xpolarasi ini tidak ramai yang dapat turut serta berkemungkinan ketiadaan masa atau kos yang begitu tinggi. Xpolarasi ini juga memerlukan anda menaiki kenderaan pancuan 4 roda atau lebih dikenali 4WD. Perjalanan ke kaki gunung mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Kg Chennah, kebanyakan jalan raya yang dilalui adalah bertar tapi telah pecah dan berlubang-lubang. Ini menyebabkan anda perlu menaiki kenderaan 4WD.
Sememangnya anda akan teruja, mengancam dan terancam.... hahaha!! Di sangkan 4 orang yang akan pergi rupa-rupanya 1Malaysia. Siapa yang pergi hanya dia yang tahu macam mana keadaan xpolarasi kali ini. Pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan kepada peserta Kelab Rekreasi SME Aero, pada awalnya dan sebenarnya 7 orang peserta telah membuat pendaftaran tetapi hanya 4 orang peserta (termasuk aku) yang berjaya menyahut cabaran GBH ini. Tahniah buat mereka yang berjaya menakluki puncak GBH dan tidak lupa kepada aku juga... hehehe!
Nak cerita lanjut banyak la pulak macam nak buat novel so better korang datang ke GBH sendiri dan menikmati keindahan alam semulajadi di sini.. mmg SUPERB........ TERBAEKK....
Jumaat, 18hb Mac 2011 - 11.00 malam : Hanya kami 4 orang pserta yang berjaya meneruskan perjalanan dari SMEA, Sg Buloh Selangor.
Sabtu, 19hb Mac 2011 - 01.00 pagi : Kami sampai di Kg Chennah dan berjumpa dengan Encik Suhaimi aka Acong dan Guide Shahril aka Buye (kalau tak silap nama timangannya). Kami di arahkan untuk tidur di rumah emak Acong. So kami pun menurut perintah sajer... tidur lah kami disana..
7.00 : Kami pun mulalah setting barang memasing untuk xpolarasi ini.
Rosdel cbuk mengemas brg2
Eko pun x sabor...
Siapa punya barang? Man belon ka.......
7.30 - 09.50 : Kami pun pergilah minum dan makan roti canai di Kedai Pak Din depan Balai Masyarakat Kg Chennah.
Sarapan Pagi aku... order roti kosong dapat telur.... fuhhh best betol...
Lapor sungguh Eko... smpi x perasaan gbor kene snap.. hihihi
10.00 : Kami masih menunggu lagi peserta2 luar bg mencupkan korum untuk menaiki 4WD ke kaki gunung (sekurang2nya mesti 10 orang keatas... kalu tidak huhuhu...)
smpi ngantuk tgu 4WD
11.00 : Akhirnya penantian kami berakhirnya... Fuh lega n selamat rasenya... kami mula menaiki 2 buah 4WD bersama2 team dari luar.. ada yg dari Johor, Petaling Jaya dan KL katanya!! All in one... mix race ala 1 Malaysia.
DISINI PEMGEMBARAAN BERMULA..........................................
Antara gambar yang sempat diambil sebelum kereta rally ini berlumba... hehehehe...
Rosdell dan Eko March sedang layan perasaan memasing ne... ntah apa lah yang Eko gelakkan sangat tu....
Perghh..... memang thrill lalu di jambatan yang runtuh ne...
12.00 - 12.15 : Kami sampai di kaki Gunung dan di beri taklimat, streching. Mula trekking setenggah jam pertama trekking menaik lebih kurang 70%... trek besar kete 4WD boleh naik... perjalanan nak sampai ke Kem Orkid lebih kurang 3 - 5 jam bergantung kepada kemampuan kita... fuuhhhh!!!.
Korang tengoklah sendiri gambar yang ada ini camner keadaan trek dan permandangan dari mula sampai ke Campsite.
Kami memulakan langkah pahlawan dengan menggalas haversack bersama
peralatan perkhemahan yang di bawa.. Steadyy!!!
Apalagi sudah mula memuncak dah ne baru nak regang-regangkan otot... huhuhu.
Videoman the day!!
Bro pekehal la pulokk moto tuuu.... "clucth abis" kata bro Jasmin
Anak sape pulak ne... Syabas adik ni baru umur 7 tahun mak dan ayah dia dah ajar panjat gunung yg kira heavy juga ne.... Chaiyokk... kata sape ehh!! Ce teka??
Antara Sungai yang terdapat dalam hutan Kenaboi ne...
Antara trek single trailnya
Pekehal pulak tengah2 jalan pun nk makan jugak ker?... Lapor... roti ban pun sodap.. katanya
Nie apa sudah jadi.... tangkap lentok pulak... ahahaha..
Penat lah bro.. trek mencanak-canak... x hengatt...
Dibawah adalah gambar-gambar di pertengahan laluan trek sebelum sampai ke Campsite.
17.00 : Sampai di Kem Orkid lewat hampir satu jam dari Guide Pertama - Fuh dashyat trek nyer mencanak-canak tak ingat.... huhuhu... tp mmg best n adventure... I follow!!
Gambor atas dan bawoh : Ini lah grupe nyer khemah kami..
Ayor power.... dibuat khas dari ramuan asli Pak Usop.
View dari campsite fuhhh sejuk nyer time ne... dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa Negori!
So sampai sini dulu.. ini baru hari pertama..
Tunggu sambungan hari kedua
No comments:
Post a Comment